SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE – SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RM2100 & RM900 & RM600

SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE – SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RM2100 & RM900 & RM600

Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk memberikan sokongan kepada isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam memperoleh keperluan asas.

Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit bulanan yang akan dimasukkan secara langsung ke dalam MyKad, yang kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan runcit di kedai-kedai dan pasar raya yang telah ditetapkan.

Baca Juga : SKIM mySalam 2025

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :

  1. Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.
  2. SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Kelayakan adalah seperti berikut :
    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

JUMLAH / KADAR BANTUAN MYKASIH 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Kategori Penerima STR & eKasih
    • Isi Rumah : RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM1650
    • Bujang : RM600
  2. Kategori Penerima STR sahaja
    • Isi Rumah : RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM450

CARA SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE

Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :

  • Layari laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik pada pautan “Semakan Kelayakan“
  • Masukkan nombor MyKad (IC) anda
  • Klik “Semakan Status“
  • Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan
    • Kelayakan Sara
    • Baki semasa Sara

PANDUAN MENGGUNAKAN BANTUAN SARA 2025

Kaedah menggunakan bantuan MyKasih untuk pembelian adalah seperti berikut :

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Mykasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  • Tukar Nombor Pin
    • Penerima bantuan perlu menukar no pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada no pin yang baharu
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan no pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

SENARAI BARANG MYKASIH 2025

Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan (TERBARU) : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai
SENARAI BARANG MYKASIH 2025

PENUTUP

Bantuan MyKasih 2025 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Pastikan anda membuat semakan status di portal rasmi dan gunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel