SEMAKAN BANTUAN eKasih 2025 – CARA DAFTAR, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS
Ramai rakyat Malaysia masih belum sedar bahawa pendaftaran dalam sistem eKasih boleh membuka peluang lebih luas untuk menerima bantuan kerajaan secara lebih teratur dan tersusun. Sistem ini dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengenalpasti dan membantu golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara.
Jika anda tergolong dalam kumpulan B40 atau sedang mengalami kesempitan kewangan, pendaftaran dalam sistem eKasih adalah langkah terbaik untuk memastikan anda tidak tercicir daripada pelbagai bantuan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA (Sumbangan Asas Rahmah), bantuan makanan, bantuan persekolahan, bantuan perubatan dan pelbagai lagi.
Berikut panduan lengkap berdasarkan sumber rasmi untuk cara daftar eKasih, syarat kelayakan dan semakan status eKasih 2025.
Baca Juga : STR Fasa 3 2025 (Tarikh Bayaran & Semakan Status Penerima)
APA ITU eKasih?
SEMAKAN BANTUAN eKasih 2025 – CARA DAFTAR, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS
eKasih adalah pangkalan data bersepadu isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi rujukan utama kerajaan dalam merancang, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Ia bukan program bantuan secara terus, tetapi menjadi pintu masuk untuk anda layak dipertimbangkan dalam pelbagai skim bantuan kerajaan.
SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR eKasih?
Syarat kelayakan untuk mendaftar eKasih adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang ditetapkan kerajaan (PGK semasa boleh disemak di laman rasmi EPU atau PPN negeri anda)
- Tidak kira tinggal di bandar atau luar bandar, asalkan tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar
- Bersedia menerima lawatan verifikasi daripada pegawai PPN atau Pejabat Daerah
CARA DAFTAR eKASIH 2025
SEMAKAN BANTUAN eKasih 2025 – CARA DAFTAR, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS
Proses pendaftaran eKasih tidak boleh dilakukan sepenuhnya secara online kerana pegawai akan membuat lawatan bagi pengesahan maklumat anda.
Berikut langkah-langkahnya :
- Hadiri Pejabat Daerah / Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) : Maklumkan kepada pegawai bahawa anda ingin mendaftar eKasih.
- Sediakan dokumen yang diperlukan : Salinan Kad Pengenalan semua ahli keluargaPenyata gaji (jika ada)Bil utiliti atau bukti alamat
- Pengisian borang maklumat keluarga : Pegawai akan mengambil maklumat berkaitan pendapatan, jumlah tanggungan, pekerjaan dan keadaan tempat tinggal anda.
- Lawatan Pengesahan : Pegawai PPN akan hadir ke rumah anda untuk pengesahan maklumat.
- Kemaskini Data Dalam Sistem : Jika layak, maklumat anda akan dimasukkan ke dalam sistem eKasih.
- Semakan status boleh dilakukan selepas 14 hari bekerja selepas lawatan pengesahan.
KELEBIHAN / MANFAAT MENDAFTAR DALAM eKasih
Berikut antara manfaat utama jika anda berdaftar dalam eKasih :
- Berpeluang dipertimbangkan untuk pelbagai bantuan seperti STR, bantuan myKasih, bantuan persekolahan, bantuan makanan, program rumah mampu milik dan bantuan perubatan.
- Memudahkan agensi kerajaan menghubungi anda jika terdapat bantuan atau program yang sesuai.
- Memastikan anda tidak tercicir daripada sebarang bantuan kebajikan disebabkan kekurangan data.
- Membolehkan anda menerima bantuan berdasarkan keutamaan jika berlaku situasi kecemasan.
CARA SEMAKAN BANTUAN eKASIH 2025
Selepas pendaftaran, anda boleh menyemak status eKasih dengan :
- Secara online melalui portal rasmi : https://ekasih2.icu.gov.my/
- Hubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah.
- Hubungi Talian Hotline eKasih : 03-8872 2000 pada waktu pejabat.
Maklumat diperlukan semasa semakan bantuan eKasih 2025 :
- No Kad Pengenalan
- Nama penuh
SOALAN LAZIM (FAQ) eKasih
Adakah daftar eKasih dikenakan bayaran?
Tidak. Pendaftaran eKasih adalah percuma.
Bolehkah daftar eKasih secara online sahaja?
Tidak sepenuhnya. Anda perlu hadir untuk pengesahan dan pegawai akan membuat lawatan rumah.
Berapa lama proses kelulusan eKasih?
Selepas lawatan rumah, data akan dikemaskini dalam sistem dalam masa 14 hari bekerja.
Jika saya sudah daftar, adakah perlu kemaskini maklumat?
Ya, anda perlu kemaskini maklumat sekurang-kurangnya sekali setahun atau jika berlaku perubahan pendapatan dan bilangan tanggungan.
Siapa yang menguruskan data eKasih?
Data eKasih dikendalikan oleh ICU JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri.
KESIMPULAN
Daftar eKasih merupakan langkah bijak bagi golongan B40 untuk memudahkan anda mendapatkan pelbagai bantuan kerajaan. Sistem ini membolehkan agensi kerajaan mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dengan lebih mudah, adil dan telus.
- Jika anda layak, segera hadir ke Pejabat Daerah untuk pendaftaran.
- Semak status anda selepas 14 hari bekerja melalui portal rasmi eKasih.
- Pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini bagi membolehkan anda mendapat bantuan sewajarnya.
- Jangan abaikan peluang untuk memastikan keluarga anda tidak tercicir daripada program bantuan kerajaan dengan mendaftar eKasih hari ini.
RUJUKAN
Semua maklumat yang telah dikongsi di atas diambil daripada sumber rasmi Portal eKasih dan pengumuman terkini kerajaan mengenai program eKasih. Ini bertujuan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan informasi yang disampaikan kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak berwajib di bawah ini.
- Talian Hotline : 03-8000 8000
- Emel : [email protected]
