SEMAKAN TVET MARA 2025 : SEMAKAN & RAYUAN SECARA ONLINE

SEMAKAN TVET MARA 2025 : SEMAKAN & RAYUAN SECARA ONLINE

Pada tahun 2025 seramai ribuan pelajar lepasan SPM dan STPM membuat permohonan ke Institusi Pendidikan MARA seperti IKM, KKTM, MJII, Kolej MARA serta Kolej Profesional MARA melalui satu sistem pusat yang dinamakan SPUPIM. Bagi anda yang telah membuat permohonan, artikel ini akan membantu anda untuk membuat semakan keputusan tawaran, memahami proses rayuan dan menyediakan diri untuk langkah seterusnya jika berjaya.

BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN RAYUAN SPUPIM 2025 – CARA MOHON, TARIKH & SEMAKAN KEPUTUSAN

APA ITU TVET MARA

TVET MARA ialah Institusi Pendidikan MARA seperti IKM, KKTM, MJII, Kolej MARA serta Kolej Profesional MARA .SPUPIM atau Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA adalah platform rasmi MARA bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi di bawah kelolaan MARA seperti :

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII)
  4. Kolej MARA
  5. Kolej Profesional MARA (KPM)

Melalui sistem ini, pelajar boleh menghantar permohonan, menyemak keputusan, dan membuat rayuan jika tidak berjaya.

SEMAKAN TVET MARA 2025

TARIKH PENTING SEMAKAN TVET MARA 2025

Sebelum kita pergi lebih jauh, berikut adalah senarai tarikh penting yang perlu anda ambil perhatian :

  • Permohonan dibuka 26 Februari 2025
  • Permohonan ditutup 30 April 2025
  • Semakan keputusan (SPUPIM) 18 Jun 2025 selepas jam 3.00 petang
  • Rayuan Fasa 1 27 Jun – 1 Julai 2025
  • Rayuan Fasa 2 (jika ada) 4 Julai – 8 Julai 2025
  • Tarikh lapor diri Akan diumumkan bersama keputusan

Tarikh-tarikh ini amat penting dan menentukan masa depan pendidikan anda. Simpan artikel ini atau catat dalam kalendar agar tidak terlepas.

CARA SEMAKAN TVET MARA 2025

Setelah permohonan ditutup, proses penilaian akan dibuat dan keputusan akan diumumkan melalui laman rasmi. Berikut adalah cara untuk anda menyemak keputusan.

Langkah demi Langkah :

  1. Layari laman web rasmi:
  2. Klik “Semakan Keputusan”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  4. Tekan butang “Semak”
  5. Status tawaran akan dipaparkan:
    • Berjaya (anda akan menerima surat tawaran rasmi)
    • Tidak Berjaya (anda boleh membuat rayuan)

Semakan hanya boleh dibuat selepas jam 3.00 petang pada 18 Jun 2025.

INSTITUSI TVET MARA

Berikut adalah antara institusi di bawah MARA yang boleh anda pohon melalui SPUPIM :

  • IKM (Institut Kemahiran MARA)
    • Menawarkan program peringkat Sijil Kemahiran.
    • Bidang seperti : automotif, elektrikal, mekanikal, jahitan, bakeri, dan banyak lagi.
  • KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
    • Menawarkan program Diploma.
    • Fokus kepada teknologi tinggi seperti robotik, aeronautik, bioteknologi dan kejuruteraan.
  • MJII (Malaysia-Japan Industrial Institute)
    • Menawarkan program kejuruteraan berpandukan standard industri Jepun.
  • Kolej MARA / KPM
    • Fokus kepada bidang profesional seperti perakaunan, teknologi maklumat, keusahawanan dan banyak lagi.

SYARAT KELAYAKAN TVET MARA 2025

Syarat umum kelayakan untuk memohon melalui SPUPIM adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  2. Berumur 18 hingga 40 tahun
  3. Lulus SPM atau setaraf
  4. Kepujian dalam subjek-subjek tertentu (bergantung pada program)
  5. Tidak buta warna untuk kursus tertentu seperti elektrik dan elektronik
  6. Sihat tubuh badan dan mampu menjalani latihan industri

PANDUAN SELEPAS BERJAYA DALAM SEMAKAN TVET MARA 2025

Jika anda berjaya dalam semakan SPUPIM, langkah seterusnya adalah :

  1. Cetak surat tawaran
  2. Baca dengan teliti syarat-syarat tawaran
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti:
  4. Salinan IC
  5. Slip keputusan SPM
  6. Gambar passport
  7. Dokumen kesihatan (jika diminta)
  8. Lapor diri ke institusi yang ditetapkan pada tarikh yang ditetapkan

Pentadbiran MARA tidak membenarkan pertukaran institusi atau program selepas tawaran dikeluarkan.

RAYUAN TVET MARA 2025

Jika Tidak Berjaya : Proses Rayuan
Bagi anda yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Anda masih boleh membuat rayuan SPUPIM.

  1. Cara Membuat Rayuan SPUPIM:
  2. Log masuk seperti semakan biasa
  3. Klik butang “Permohonan Rayuan”
  4. Pilih semula program yang sesuai (ikut kelayakan anda)
  5. Hantar rayuan sebelum tarikh tutup
    • Rayuan Fasa 1: 27 Jun – 1 Julai 2025
    • Rayuan Fasa 2: 4 Julai – 8 Julai 2025 (jika ada kekosongan)

SEMAKAN TVET MARA 2025

CARA LULUS RAYUAN TVET MARA 2025

  1. Pilih kursus yang kurang persaingan seperti pertanian, bakeri, atau reka bentuk pakaian.
  2. Pastikan anda memenuhi syarat penuh.
  3. Elakkan mengisi rayuan secara tergesa-gesa dan semak betul-betul.
  4. Doakan dan cuba juga permohonan di institusi lain sebagai back-up.

SOALAN LAZIM

Q: Adakah SPUPIM sama dengan UPU?
A: Tidak. UPU adalah sistem pusat permohonan untuk IPTA. SPUPIM pula khusus untuk institusi pendidikan di bawah MARA.

Q: Jika saya mohon melalui UPU TVET, adakah perlu semak SPUPIM juga?
A: Ya, pelajar perlu semak kedua-dua platform kerana ada pengambilan melalui kedua-dua saluran.

Q: Bila kena lapor diri jika berjaya?
A: Tarikh akan dinyatakan dalam surat tawaran yang anda cetak. Biasanya sekitar Julai atau Ogos 2025.

Q: Adakah pembelajaran ini percuma?
A: Biasanya MARA menyediakan pembiayaan penuh atau pinjaman boleh ubah bergantung kepada keputusan akhir anda.

KESIMPULAN

Dalam dunia pendidikan, kegagalan untuk kali pertama bukan noktah. Ramai pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan pertama SPUPIM tetapi mendapat tempat melalui rayuan atau sesi ambilan berikutnya. Jangan cepat menyerah. Rezeki orang berusaha sentiasa terbuka luas.

SPUPIM 2025 bukan sekadar sistem permohonan, ia adalah pintu kepada masa depan anda. Samada anda berminat dalam bidang kemahiran, teknikal, profesional atau keusahawanan, MARA menyediakan platform untuk anda berkembang.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan bersama rakan-rakan anda. Semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada keluarga besar MARA.

MAKLUMAT LANJUT

Berikut adalah maklumat penting dan talian bantuan bagi SPUPIM (Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA) dan TVET MARA:

SPUPIM (Permohonan Kolej MARA / Profesional MARA)
Talian MARA Call Centre: 03‑2613 2000

Untuk bantuan berkaitan rayuan atau pemeriksaan aplikasi SPUPIM, sila rujuk portal atau email rasmi MARA.

TVET MARA (KKTM / IKM / MJII)
Bahagian Kemahiran & Teknikal (Ibu Pejabat MARA, KL)
Pejabat utama: 03‑2613 4258 atau 03‑2613 4605

Fax: 03‑2613 4381 / 03‑2613 4650

Email rasmi: [email protected]

  • Hubungi 03‑2613 2000 jika perlukan bantuan umum atau rayuan SPUPIM.
  • Hubungi 03‑2613 4258 atau email [email protected] untuk info lanjut TVET (kursus, syarat, semakan keputusan).

Semua pertanyaan SPUPIM dan TVET boleh juga diajukan melalui portal MARA / TVETMARA rasmi.

PENAFIAN

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah hasil rujukan daripada sumber rasmi seperti laman web MARA, portal SPUPIM, dan TVET MARA pada tarikh artikel ini diterbitkan. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menjamin ketepatan sepenuhnya terhadap semua butiran seperti tarikh, nombor telefon, emel, syarat kelayakan, atau prosedur permohonan kerana maklumat tersebut tertakluk kepada perubahan semasa oleh pihak berkuasa berkaitan.

Pengguna digalakkan untuk sentiasa menyemak laman rasmi MARA atau portal berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini, tepat, dan sahih. Segala tindakan atau keputusan yang diambil berdasarkan kandungan artikel ini adalah di atas tanggungjawab individu masing-masing.

Jika terdapat sebarang kesilapan atau maklumat yang telah dikemaskini oleh pihak MARA dan belum sempat disunting dalam artikel ini, kami mohon kerjasama pembaca untuk merujuk terus kepada pihak MARA atau menghubungi saluran rasmi yang telah disediakan.

2 thoughts on “SEMAKAN TVET MARA 2025 : SEMAKAN & RAYUAN SECARA ONLINE”

  1. Saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di institusi TVET kerana saya yakin ia dapat memberikan saya ilmu praktikal yang kukuh serta peluang kerjaya yang cerah pada masa depan. Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberi saya peluang kedua untuk membuktikan kesungguhan dan minat saya dalam bidang ini.

    Reply
  2. saya berminat dalam bidang kemahiran kerana saya percaya pendidikan TVET mampu mengubah masa depan saya menjadi lebih baik.Saya ingin belajar bukan sahaja untuk diri saya,tetapi untuk membanggakan keluarga saya.Saya mungkin tidak cemerlang secara akedemik,tetapi saya percaya saya mempunyai kemahiran,semangat dan sikap yang betul untuk belajar dalam bidang TVET.Saya berjanji akan berusaha sebaik mungkin sekiranya diberi peluang dalam bidang ini.

    Reply

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel