PERMOHONAN RAYUAN SPUPIM 2025 – CARA MOHON, TARIKH & SEMAKAN KEPUTUSAN
Tidak berjaya dalam permohonan SPUPIM 2025? Jangan khawatir kerana anda masih mempunyai peluang! MARA menyediakan peluang kedua melalui proses rayuan SPUPIM, khusus untuk pelajar yang berhasrat untuk meneruskan pengajian di IPMA seperti KKTM, IKM, atau MJII.
Ketahui cara untuk memohon rayuan, tarikh-tarikh penting, dan semakan keputusan rayuan dalam panduan ini yang dirujuk secara langsung daripada portal rasmi MARA.
Baca Juga : SEMAKAN SPUPIM 2025 (PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN)
APA ITU RAYUAN SPUPIM?
SPUPIM merupakan Sistem Pengambilan Pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seperti KKTM, IKM, dan MJII. Sekiranya anda tidak berjaya dalam permohonan asal, anda masih berpeluang untuk melalui proses rayuan secara dalam talian.
TARIKH PENTING RAYUAN SPUPIM 2025
| TARIKH | BUTIRAN |
|---|---|
| 18 Jun 2025 | Keputusan utama diumumkan & rayuan dibuka |
| 27 Jun 2025 | Semakan keputusan rayuan Fasa 1 (untuk KPM & Kolej MARA) |
| 4 Julai 2025 | Semakan keputusan rayuan Fasa 2 |
| Akhir Jun – Julai 2025 | Keputusan rayuan IPMA (KKTM,IKM,MJII) |
CARA MEMBUAT RAYUAN SPUPIM 2025
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat rayuan secara dalam talian :
- Layari : https://linktr.ee/hiedumara
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Pilih menu Permohonan Rayuan.
- Lengkapkan borang rayuan dan kemaskini maklumat.
- Hantar permohonan dan simpan bukti permohonan.
Nota : Tiada bayaran dikenakan untuk proses rayuan.
Tips Lulus Rayuan
- Pilih kursus yang kurang persaingan seperti pertanian, bakeri, atau reka bentuk pakaian.
- Pastikan anda memenuhi syarat penuh.
- Elakkan mengisi rayuan secara tergesa-gesa.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SPUPIM 2025
Anda boleh menyemak keputusan rayuan mengikut tarikh berikut :
- Rayuan KPM & Kolej MARA (Fasa 1) : 27 Jun 2025, selepas jam 3 petang
- Rayuan Fasa 2 : 4 Julai 2025
- Rayuan IPMA (KKTM, IKM, MJII) : Akhir Jun – Awal Julai 2025 (bergantung kepada institusi)
- Layari semakan di : https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

SOALAN LAZIM (FAQ)
- Siapa yang boleh membuat rayuan SPUPIM?
- Pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan asal untuk IPMA, KPM, atau Kolej MARA.
- Bolehkah saya menukar program semasa rayuan?
- Tidak boleh. Pemilihan program adalah berdasarkan kekosongan yang sedia ada.
- Bagaimana jika tiada keputusan selepas membuat rayuan?
- Hubungi MARA atau semak status melalui portal SPUPIM atau Hi-EDU secara berkala.
KESIMPULAN
Permohonan rayuan SPUPIM 2025 memberikan peluang kedua kepada calon yang tidak berjaya. Pastikan anda membuat rayuan seawal 18 Jun 2025, semak keputusan mengikut jadual, dan ambil tindakan segera jika berjaya dalam rayuan. Rujuk portal rasmi MARA untuk maklumat terkini dan sahih.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-2613 4074 / 4077
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

salam, saya mahu bertanya, macam mana keputusan rayuan fasa 1 saya, sebab saya check dari 27/6 sehingga 30/6 jawapan yang saya terima ” Rayuan anda telah diterima”. Macam mana saya nak pastikan anak saya terpilih atau tidak untuk pengambilan fasa 1
Asalamualaikum, saya mahu bertanya bilakah tarikh keputusan rayuan SPUPIM? Sampai sekarang saya check “Rayuan anda telah diterima”, saya risau kerana ini sudah memasuki bulan 8 2025. Saya mohon sangat supaya tarikh rayuan tersebut diwar-warkan secepat mungkin. Saya tidak mahu bahawa ini menjadi harapan palsu kepada para pembuat rayuan.