SENARAI BARANG SARA TERBARU 2025 – KEMASKINI TERKINI

SENARAI BARANG SARA TERBARU 2025 – KEMASKINI TERKINI

SENARAI BARANG SARA TERBARU 2025 – Kini, makin ramai penerima SARA boleh menarik nafas lega kerana lebih 1,200 kedai runcit dan pasaraya terpilih di seluruh negara sudah pun menerima pembayaran melalui Bantuan MyKasih menggunakan MyKad. Ini bermakna, setiap bulan anda boleh membeli barangan keperluan asas di kedai yang terpilih dengan kadar bantuan yang telah ditetapkan kerajaan.

Ramai yang masih tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya cara untuk menggunakan MyKad bagi membuat pembayaran SARA MyKasih ini? Jangan risau, caranya sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang permohonan tambahan. Anda hanya perlu membawa MyKad ke pasaraya atau kedai yang mengambil bahagian, pilih barangan asas yang termasuk dalam senarai SARA, dan terus ke kaunter pembayaran.

Di kaunter, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan. Sistem akan automatik mengenal pasti status penerima SARA dan jumlah bantuan yang ada. Jika anda membeli barangan daripada senarai yang diluluskan, bayaran akan terus ditolak daripada baki bantuan bulanan anda. Menariknya, anda juga boleh campurkan dengan barangan lain – cuma untuk barangan yang tidak tersenarai, anda perlu bayar menggunakan wang sendiri.

Dengan cara ini, penerima bantuan tidak perlu lagi risau tentang membawa kupon atau kad khas tambahan. Segalanya sudah tersedia dalam MyKad anda, menjadikan proses pembelian lebih cepat, mudah, dan selamat.

Sebelum membuat pembelian,semak dulu barangan yang tersenarai.Di sini saya sediakan Senarai Barang Sara Terbaru 2025.

BACA JUGA DI SINI : CEK SARA RM100 2025 – PORTAL MYSARA SEMAK ONLINE

Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA

SENARAI BARANG SARA TERBARU 2025

Berikut merupakan senarai barang sara terbaru 2025 yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad :

  1. Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  9. Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CARA TEBUS BANTUAN SARA RM100

Hanya penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih sahaja boleh membuat pembelian dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih Mykasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.Sebelum itu semak senarai barang sara tebaru 2025 terlebih dahulu.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SENARAI KEDAI YANG BOLEH GUNA SARA

Lebih 1,200 kedai yang terpilih MyKasih boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad, antaranya ialah :

  1. Mydin;
  2. Giant;
  3. Econsave;
  4. The Store;
  5. Pacific;
  6. Milimewa;
  7. 99 Speedmart;
  8. Lotus Stores (Tesco);
  9. Lulu Supermarket;
  10. DIY (Kemaskini)
  11. Eco-Shop (Kemaskini)
  12. Pantai Timur (Kemaskini)
  13. Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

Rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.

SEMAK BAKI BANTUAN SARA

Ikuti cara semakan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 019123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi senarai barang sara terbaru 2025 yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat semak senarai barang sara tebaru 2025 di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/

Leave a Comment

Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026
✔ Klik sini!
Info Rasmi Bantuan Malaysia 2026 ✔ Sertai Channel