SENARAI BARANG MYKASIH DIY 2025 | TERKINI
SENARAI BARANG MYKASIH DIY 2025 – Penambahan kedai Mr. DIY sebagai salah satu lokasi rasmi untuk pembelian barangan SARA sememangnya memberi lebih banyak pilihan kepada para penerima bantuan. Jika sebelum ini, kebanyakan penerima hanya tertumpu kepada pasaraya atau kedai runcit untuk mendapatkan barangan asas seperti beras, minyak masak dan gula, kini mereka boleh memperluaskan lagi pilihan dengan mendapatkan keperluan harian lain di Mr. DIY.
Mr. DIY sudah lama dikenali sebagai kedai serbaneka moden yang menawarkan pelbagai rangkaian produk dengan harga berpatutan. Antara produk yang menjadi tumpuan ialah peralatan sekolah untuk anak-anak, barangan kebersihan diri, pencuci rumah, lampin bayi serta beberapa keperluan asas lain yang pastinya selari dengan kategori yang dibenarkan dalam SARA MyKasih. Dengan adanya akses ini, penerima tidak lagi terbatas untuk membeli barangan dapur sahaja, malah mereka boleh menguruskan keperluan rumah tangga dan persediaan anak-anak ke sekolah dalam satu kedai.
Lebih menarik lagi, Mr. DIY mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia termasuk di kawasan bandar kecil dan luar bandar. Ini memudahkan penerima bantuan yang mungkin tidak mempunyai pasaraya besar berhampiran, tetapi mempunyai cawangan Mr. DIY di pekan terdekat. Maka, bantuan yang diterima setiap bulan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa perlu pergi jauh atau menunggu pasaraya tertentu.
Berikut kami kongsikan senarai barang mykasih diy 2025 dibawah :
BACA JUGA DI SINI : SENARAI BARANG TERBARU SARA 2025
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA |
SENARAI BARANG MYKASIH TERBARU 2025
Selain semakan senarai barang mykasih diy 2025 kami juga kongsikan barangan lain yang boleh dibeli di kedai.Berikut merupakan senarai barang sara terbaru 2025 yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
SENARAI BARANG MYKASIH DIY 2025
Walaupun Mr. DIY tidak menjual barangan dapur seperti beras, minyak masak atau telur, tetapi banyak barangan kebersihan, rumah tangga, sekolah dan bayi boleh dibeli menggunakan MyKad di sana.Rujuk di bawah Senarai Barang MyKasih DIY 2025:
- Peralatan Sekolah
- Buku latihan (buku tulis, buku matematik, buku nota)
- Pensel, pen, marker, pembaris, pemadam
- Pensel warna, krayon, set melukis
- Sharpener, stapler, gam, pita pelekat
- Bag sekolah murah & aksesori alat tulis
- Produk Kebersihan Diri
- Sabun mandi (batang & cecair)
- Syampu rambut
- Ubat gigi & berus gigi
- Tuala wanita
- Tisu muka & tisu gulung
- Deodoran asas
- Produk Pembersih Rumah
- Sabun basuh baju (serbuk & cecair)
- Sabun basuh pinggan (cecair pencuci pinggan)
- Pencuci lantai & pembersih serbaguna
- Berus lantai, span, mop, kain lap
- Plastik sampah
- Barangan Bayi
- Lampin pakai buang (pelbagai saiz)
- Tisu basah bayi
- Bedak bayi, sabun bayi, losyen bayi
- Botol susu & puting (bergantung pada stok cawangan)
- Ubat-Ubatan Am (Over-The-Counter)
- (bergantung pada cawangan, hanya yang diluluskan KKM dan dijual di rak Mr. DIY)
- Minyak angin
- Balsam
- Plaster luka
- Ubat batuk ringan (jika ada dalam senarai sah KKM)
- Barang Yang Tidak Termasuk (Senarai barang diy yang tidak boleh ditebus menggunakan SARA)
- Peralatan rumah (tukul, paku, skru, paip, perabot)
- Barang elektrik (wayar, lampu hiasan, extension, bateri rechargeable)
- Barang hiasan (frame, patung, langsir, pasu bunga plastik)
- Aksesori kenderaan, barang kosmetik berjenama & alat solek
Ringkasan
- Mr. DIY fokus kepada barangan bukan makanan dalam senarai SARA.
- Sesuai untuk penerima yang mahu beli alat tulis sekolah, barangan kebersihan diri, pencuci rumah dan keperluan bayi.
- Pastikan pilih barang yang ada tanda “SARA” atau semak di kaunter supaya tidak tersalah beli.
- Semak Senarai Barang MyKasih DIY 2025 untuk mengelakkan kekeliruan.
CARA TEBUS BANTUAN SARA RM100
Hanya penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih sahaja boleh membuat pembelian dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih Mykasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.Sebelum itu semak senarai barang mykasih diy 2025 terlebih dahulu.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI KEDAI YANG BOLEH GUNA SARA
Lebih 1,200 kedai yang terpilih MyKasih boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad, antaranya ialah :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket;
- DIY (Kemaskini)
- Eco-Shop (Kemaskini)
- Pantai Timur (Kemaskini)
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
Rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 019123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang senarai barang mykasih diy 2025 yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan senarai barang mykasih diy 2025 dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/
SENARAI BARANG MYKASIH DIY 2025
