SENARAI ECO SHOP MYKASIH | SELURUH MALAYSIA
SENARAI ECO SHOP MYKASIH – Sekarang ni, siapa je tak rasa kos hidup makin tinggi kan? Nak beli barang dapur pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira. Tapi jangan risau, sebab kerajaan ada sediakan satu bantuan khas yang dipanggil Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Tujuannya mudah je – nak ringankan beban kita semua untuk dapatkan barang asas harian.
Yang bestnya, bantuan ni tak perlu pening kepala nak keluarkan duit tunai. Semuanya boleh ditebus terus melalui sistem MyKasih. Lagi menarik, sekarang dah boleh guna dekat Eco-Shop,kedai yang memang ramai orang suka sebab harga dia murah dan barang pun macam-macam ada. Jadi, dengan nilai bantuan yang kita dapat, bolehlah top up barang dapur macam beras, minyak, telur, sardin, kicap, sabun basuh, syampu dan barang asas lain. Senang cerita, kebanyakan barang keperluan harian yang biasa kita beli memang ada kat situ.
Kalau nak diikutkan, bantuan SARA ni memang banyak membantu, terutamanya bila hujung bulan atau masa poket tengah kering. Jadi dalam panduan ni, kita akan tunjuk cara mudah nak guna SARA One-Off melalui MyKasih, cara tebus dekat Eco-Shop, dan juga tips macam mana nak guna betul-betul supaya setiap sen bantuan tu berbaloi untuk keperluan keluarga.
Dibawah kami kongsikan cara untuk membeli menggunakan kad pengenalan dan juga senarai eco shop mykasih yang telah aktif.
BACA JUGA DI SINI : SENARAI BARANG MYKASIH DIY 2025 | TERKINI
| Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : BANTUAN DALAM MALAYSIA |
APA SEBENARNYA BANTUAN SARA?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ni sebenarnya memang khas kerajaan buat untuk bantu golongan berpendapatan rendah. Kalau sebelum ni asyik pening kepala nak cukupkan duit untuk barang dapur, sekarang sekurang-kurangnya ada sedikit bantuan untuk ringankan beban. Dengan SARA, anda boleh guna bantuan yang diberi untuk beli barang asas macam beras, minyak masak, telur, susu, sabun, syampu, tisu, barang dapur dan macam-macam lagi. Senang cerita, barang harian yang kita memang guna setiap hari.
Lagi menarik, sekarang ni semua tu boleh ditebus melalui sistem MyKasih. Tak payah nak keluarkan duit poket sendiri, cukup dengan guna MyKad je masa nak bayar. Yang bestnya, MyKasih ni dah boleh digunakan dekat Eco-Shop dan Eco-Plus yang terpilih. Kedai ni kan memang terkenal dengan harga bajet dan barang dia pun macam-macam ada. Jadi, bayangkanlah, masuk Eco-Shop, ambil barang yang perlu, lepas tu masa nak bayar cuma scan MyKad,terus tolak dari bantuan SARA anda. Mudah, cepat, dan yang penting memang jimat!
DI MANA BOLEH GUNA BANTUAN SARA ONE-OFF?
Untuk pengetahuan anda, subsidi SARA One-Off ni boleh digunakan terus di rangkaian Eco-Shop yang terdapat di seluruh Malaysia. Kedai Eco-Shop ni memang senang nak jumpa sebab hampir setiap bandar atau pekan dah ada cawangan mereka. Jadi, bila anda dapat bantuan SARA, bolehlah terus singgah di Eco-Shop terdekat untuk beli barang keperluan asas keluarga.
Cuma sebelum berbelanja, pastikan dulu kedai tersebut memang termasuk dalam senarai lokasi yang menyertai program SARA melalui MyKasih. Ini penting supaya anda tidak kecewa bila sampai kaunter nanti. Caranya mudah saja,semak melalui maklumat rasmi yang disediakan, atau tanya terus di kedai sebelum membuat pembayaran. Dengan cara ini, anda boleh pastikan subsidi yang kerajaan berikan tu dapat digunakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Dibawah kami kongsikan senarai eco shop mykasih yang telah aktif.
SENARAI ECO SHOP MYKASIH
Senarai eco shop mykasih yang aktif
- Sabah
- Kota Marudu (EMU) – Cosmo Point, Kota Marudu
- One Borneo (EBN) – 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
- Kinarut (EKN) – The Palm Square, Papar
- Tuaran (ETN) – Kg. Sekadar, Tuaran
- Sandakan (GEDK) – Harbour Mall Sandakan
- Papar (EPP) – Papar Square, Papar
- Sandakan Shopping (EDK) – Harbour Mall Sandakan (Level 4)
- Garden City Tawau (EGC) – Garden City, Jalan Apas, Tawau
- Sipitang (EST) – Sipitang Commercial Centre
- Semporna (ESN) – Semporna Square
- Sarawak
- Matang Mall (QMT) – Kuching
- Bintulu Centre (QBC) – Bintulu Sentral
- Boulevard Kuching (QBD) – Boulevard Shopping Mall, Kuching
- Bintulu Pier 99 (QBP) – Jalan Abang Galau, Bintulu
- Kuching – Bau (QKU) – Bau Town District
- Kuching Sentral (QKS) – Jalan Penrissen, Kuching
- Siburan (QSN) – Jalan Kuching – Serian
- Batu Kawa (QBK) – Pines Square, Kuching
- Aiman Mall (QAM) – Kota Samarahan
- Serian (QSR) – Bukar Sadong, Serian
- Kedah
- Kulim (KKU) – Taman Semarak, Kulim
- Pendang (KPG) – Taman Sukamari, Pendang
- Alor Setar (KAS) – Kompleks Perniagaan Wantas, Alor Setar
- Sungai Petani (KPS) – Pusat Perniagaan Amanjaya, Sungai Petani
- Pantai Cenang (KPC) – Kampung Bohor Tempoyak, Langkawi
- Yan (KYN) – Kompleks Perniagaan Seri Bayu, Yan
- Johor
- Tiada lagi kedai aktif (semua masih Sedang Diproses)
- Perlis
- Kangar (PRK) – Jalan Jubli Perak, Kangar
- Pulau Pinang
- Butterworth (PNG) – Jalan Chain Ferry, Butterworth
- Bukit Mertajam (PBM) – Bandar Perda, Bukit Mertajam
- Bayan Lepas (PBL) – Queensbay Mall, Bayan Lepas
- Perak
- Ipoh (PIH) – Kinta City, Ipoh
- Taiping (PTP) – Taiping Sentral Mall, Taiping
- Teluk Intan (PTI) – Jalan Changkat Jong, Teluk Intan
- Seri Iskandar (PSI) – Bandar Seri Iskandar
- Selangor
- Shah Alam (SSA) – Seksyen 13, Shah Alam
- Klang (SKG) – Bukit Tinggi, Klang
- Kajang (SKJ) – Metro Point, Kajang
- Rawang (SRW) – AEON Anggun Rawang
- Banting (SBT) – Jalan Sultan Abdul Samad, Banting
- Negeri Sembilan
- Seremban (NSN) – Palm Mall, Seremban
- Nilai (NNL) – Mesa Mall, Nilai
- Port Dickson (NPD) – Oceanic Mall, Port Dickson
- Melaka
- Bandar Melaka (MKM) – Mahkota Parade, Melaka
- Alor Gajah (MAG) – Simpang Tiga, Alor Gajah
- Jasin (MJS) – Bandar Baru Jasin
- Pahang
- Kuantan (PKU) – East Coast Mall, Kuantan
- Temerloh (PTM) – Jalan Bahagia, Temerloh
- Bentong (PBT) – Jalan Loke Yew, Bentong
- Raub (PRB) – Bandar Raub
- Kelantan
- Kota Bharu (KKB) – KB Mall, Kota Bharu
- Pasir Mas (KPM) – Jalan Lemal, Pasir Mas
- Tanah Merah (KTM) – Bandar Tanah Merah
- Machang (KMC) – Bandar Machang
- Terengganu
- Kuala Terengganu (TKT) – KTCC Mall, Kuala Terengganu
- Dungun (TDG) – Bandar Dungun
- Kemaman (TKM) – Chukai, Kemaman
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- KLCC (WKL) – Suria KLCC
- Wangsa Maju (WWM) – Alpha Angle, Wangsa Maju
- Kepong (WKP) – Metro Prima, Kepong
- Cheras (WCH) – Cheras Leisure Mall
- Putrajaya
- Putrajaya (WPJ) – Alamanda Putrajaya
- Labuan
- Labuan (WLB) – Financial Park, Labuan
RUJUK DI SINI SENARAI ECO SHOP MYKASIH KEMASKINI TERBARU : https://www.eco-shop.com.my/whats-new/my-kasih
CARA TEBUS BANTUAN SARA DI ECO SHOP
Hanya penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih sahaja boleh membuat pembelian dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Semak senarai eco shop mykasih terlebih dahulu.
- Kunjungi kedai terpilih Mykasih yang berhampiran
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.Sebelum itu semak senarai barang sara tebaru 2025 terlebih dahulu.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan dan senarai eco shop mykasih yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/
TARIKH KEMASKINI ARTIKEL : 02 SEPTEMBER 2025
